Rabu, 26 September 2012

Pentingnya Pemimpin Bertakwa

Pemimpin yang mengikut suruhan Allah amat penting kerana terdapat hadis menyatakan perkara berikut: 

Ummu Salamah,isteri Nabi Muhammad,nama sebenarnya Hindun binti Abu Umaiyah Huzaifah melaporkan,"Nabi Muhammad menjelaskan,"Nanti akan tiba satu masa,ada pemimpin yang dilantik dikalangan saudara,saudara kenal pemimpin itu.Namun saudara menentangnya  kerana beliau melakukan perkara yang dilarang Allah.Sesiapa yang membenci pemimpin itu,maka dia terselamat dari dosa.Sesiapa yang menentang pemimpin itu,maka dia terselamat.Tetepi sekiranya ada yang meredai pemimpin itu dan mengikutnya,maka dia berdosa dan tidak selamat.'
             Para sahabat bertanya,'Wahai Rasulullah.Bolehkah kami membunuh pemimpin itu?'
             Nabi Muhammad menjawab,'Tidak boleh.Saudara tidak boleh membunuhnya selagi beliau bersembahyang'."-Direkodkan oleh Muslim

Jumaat, 21 September 2012

Contoh  doa untuk sesiapa ingin BERTAUBAT :

   "Ya Allah,aku minta ampun darimu.Aku bertaubat kepada Allah dan aku kembali kepada-NYA.Aku menyesal atas apa yang telah aku lakukan.Dan aku berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.Dan aku bebas dari segala ajaran yang bertentangan dengan agama Islam.Dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-NYA.Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah,selawat dan salam keatasnya.Aku reda Allah sebagai tuhan ku.Dan agama Islam sebagai agamaku.Dan Saidina Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul.Ya Allah peliharakanlah keatas  Nabi Muhammad S.A.W,keluarganya dan para sahabat semoga selamat sejahtera.Dan berlaku lembut dan belas kasihan ke atasku serta orang-orang beriman.".......Aminnn