Rabu, 26 September 2012

Pentingnya Pemimpin Bertakwa

Pemimpin yang mengikut suruhan Allah amat penting kerana terdapat hadis menyatakan perkara berikut: 

Ummu Salamah,isteri Nabi Muhammad,nama sebenarnya Hindun binti Abu Umaiyah Huzaifah melaporkan,"Nabi Muhammad menjelaskan,"Nanti akan tiba satu masa,ada pemimpin yang dilantik dikalangan saudara,saudara kenal pemimpin itu.Namun saudara menentangnya  kerana beliau melakukan perkara yang dilarang Allah.Sesiapa yang membenci pemimpin itu,maka dia terselamat dari dosa.Sesiapa yang menentang pemimpin itu,maka dia terselamat.Tetepi sekiranya ada yang meredai pemimpin itu dan mengikutnya,maka dia berdosa dan tidak selamat.'
             Para sahabat bertanya,'Wahai Rasulullah.Bolehkah kami membunuh pemimpin itu?'
             Nabi Muhammad menjawab,'Tidak boleh.Saudara tidak boleh membunuhnya selagi beliau bersembahyang'."-Direkodkan oleh Muslim

Jumaat, 21 September 2012

Contoh  doa untuk sesiapa ingin BERTAUBAT :

   "Ya Allah,aku minta ampun darimu.Aku bertaubat kepada Allah dan aku kembali kepada-NYA.Aku menyesal atas apa yang telah aku lakukan.Dan aku berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.Dan aku bebas dari segala ajaran yang bertentangan dengan agama Islam.Dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-NYA.Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah,selawat dan salam keatasnya.Aku reda Allah sebagai tuhan ku.Dan agama Islam sebagai agamaku.Dan Saidina Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul.Ya Allah peliharakanlah keatas  Nabi Muhammad S.A.W,keluarganya dan para sahabat semoga selamat sejahtera.Dan berlaku lembut dan belas kasihan ke atasku serta orang-orang beriman.".......Aminnn

Ahad, 29 Julai 2012

Kelebihan Solat Tarawih



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesebelasIa meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Rabu, 25 Julai 2012

Indahnya Bumi ciptaan Allah

" Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)."-Qaf:7-8

Disaat kita melihat kejadian bumi yang indah,langit yang tiada tiang,laut yang cantik.Sebutlah "Subhanallah" dan memuji Allah yang Esa menjadikan bumi ini untuk didiami oleh manusia dan makhluknya.Semoga kita sentiasa mengambil peringatan  tentang kekuasaan Allah ini.

Selasa, 24 Julai 2012

Rasulullah seorang manusia agung

Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang manusia agung yang harus diikuti oleh segenap lapisan masayarakat sama ada kanak-kanak,remaja dan dewasa kerana beliaulah contoh teladan dan role model kepada kita.Kehidupan Baginda memaparkan kepada kita bagaimana kehidupan yang diredhai Allah S.W.T dari segenap peringkat umur.
      
      Nabi Muhammad S.A.W juga diutus sebagai pentafsir kepada al-Quran yang telah diterjemahkan oleh Baginda melalui sifat dan keperibadiannya.Al-Quran adalah panduan kepada umat manusia sepanjang zaman.Nabi Muhammd S.A.W sanggup menderita dan berkorban demi memastikan umatnya terselamat dari godaan syaitan dan azab api neraka.Sehingga nyawa yang terakhir juga Baginda menyebut-nyebut mengenai umatnya.Itulah tanda cinta yang mendalam terhadap umatnya.Malangnya kita sebagai umatnya sering melupakan pengorbanan dan penderitaan yang Baginda lalui.

Isnin, 16 Julai 2012

Sentiasa Ikhlas


Saudara-saudara sekalian, semoga Allah menambahkan kepada kita bimbingan dan pertolongan… sesungguhnya pada masa-masa seperti sekarang ini; masa yang penuh dengan ujian dan godaan serta kekacauan yang meluas di berbagai sudut kehidupan… kita sangat memerlukan hadirnya hati yang diwarnai dengan keikhlasan.


Allah ta’ala berfirman (yang artinya),
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah.” (QS. az-Zumar: 2-3)

Ahad, 15 Julai 2012

Mencari Kebahagiaan Yang Hakiki



 'Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluk
a..'

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini di antara orang yang bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia.

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dengan peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya ?

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pada surat An-Nahl ayat 97 ini bahwa satu-satunya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yang baik itu adalah dengan mengerjakan amal-amal sholeh; iaitu taat pada suruhannya dan menjalankan segala perintah serta larangan-Nya.
Inilah konsep kebahagiaan yang hakiki; yaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja “Mendapatkan Redha Allah SWT.

Sabtu, 14 Julai 2012

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah dan amalan baik yang lain-lain pada bulan Ramadan

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah dan amalan baik yang lain-lain pada bulan Ramadan.Kita digalakkan supaya menambahkan lagi amalan baik itu apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan.
Hadis yang menjelaskan perkara ini adalah:


Abdullah bin Abas melaporkan,"Rasulullah adalah manusia yang paling dermawan.Sifat itu menjadi lebih hebat apabila tibanya Ramadan.Ketika itu juga beliau dikunjungi oleh malaikat Jibril.Jibril menemui Rasulullah pada setiap malam Ramadan dan mereka membaca al-Quran bersama-sama secara bergilir-gilir.Ketika itu Rasulullah lebih kerap menderma,bahkan lebih kerap daripada tiupan angin.

Jumaat, 13 Julai 2012

Malam Lailatul Qadar


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang 
diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. 
Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua 
malam termasuk malam Jumaat.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3

Mari Kita bersama-sama


Mari kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dalam bulan yang mulia itu(bulan Ramadhan).
Jangan kita mempersia-siakan pada bulan yang penuh rahmat ini kerana Umat nabi Muhammad S.A.W(iaitu kita) umurnya tidaklah terlalu panjang,dengan itu Allah telah memberi satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar.......marilah sama-sama kita mencari  malam yang indah ini.


^_^

Khamis, 12 Julai 2012

Kehebatan Bulan Ramadhan


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Tinggal Beberapa hari untuk kita umat Islam berpuasa

9 hari lagi.........ingat kita mestilah puasa penuh & jangan sesekali tidak berpuasa walaupun tidak berpuasa 1 hari

Rabu, 11 Julai 2012

Kebijaksanaan Allah dalam Rukun Islam

Jika diteliti kelima-lima rukun Islam hanya memerlukan sekali dalam setiap rukun untuk dilaksanakan. Kita lihat satu per satu rukun Islam yang mesti dituruti oleh hamba Allah yang mengaku sebagai seorang beragama Islam.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Kita mengaku Allah itu yang kita sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Sesaat pun kita tidak boleh menduakan Allah. Jika ia berlaku maka gugurlah akidah kita. SETIAP SAAT!

Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Rukun Islam yang kedua adalah melaksanakan solat wajib lima hari sehari. Malam dan siang mengikut jadualnya. Melalui ibadah ini kita mengingati Allah, berdoa kepadanya dan memperbaharui akidah mengikut jadual. Lima kali sehari. SETIAP HARI!

Puasa di Bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Ini adalah penghulu segala bulan. Pada bulan inilah al-Quran diturunkan. Banyak peristiwa besar Islam berlaku dalam bulan Ramadhan. Persoalan besar yang tersemat di hati ialah puasa wajib ini perlu dilakukan hanya sebulan dalam setahun. Hanya SEBULAN dan setahun!

Mengeluarkan Zakat bagi yang Mampu

Jika cukup syarat-syaratnya seperti haul dan nisab, maka rukun Islam yang keempat ini wajib dilaksanakan. Meskipun banyak jenis zakat tetapi setiap satunya perlu dibayar hanya sekali dalam setahun. Hanya SEKALI SETAHUN!

Menunaikan Haji bagi yang Mampu

Akhir sekali, menunaikan ibadah haji bagi yang berkemampuan. Ia wajib dilaksanakan sekali seumur hidup. Di atas segalanya, ibadah haji seolah-olah kemuncak rukun Islam yang memberi aroma cukup luar biasa keapda setiap manusia yang mempercayai kewujudan Allah. SEKALI SEUMUR HIDUP!
Cantik turutannya. Dari setiap saat, setiap hari, sebulan dalam setahun, sekali setahun dan akhir sekali hanya sekali seumur hidup. Kalau difikirkan semula ianya menggambarkan turutan hidup kita sebagai seorang Islam yang bermula daripada mengucap dua kalimah syahadah dan kemuncaknya adalah menunaikan haji yang wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup.
Secara jujurnya saya sendiri pun baru saja dapat mengesan kehebatan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. dalam Rukun Islam. Selama ini cuma sekadar tahu saja tapi langsung tak pernah fikirkan sedalam-dalamnya Rukun Islam yang cuma dianggap sebagai syarat menjadi seorang Islam yang sejati.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 

“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” 


(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Cerdasnya orang beriman

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.