Isnin, 17 Jun 2013

Pentingnya Adab Duduk Dalam Masjid

Daripada Abu Waqid al-Laitsi r.a,berkata,"Rasulullah S.A.W sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramahnya,tiba-tiba datang tiga orang lelaki.Dua daripada mereka mendatangi Nabi S.A.W sedang seorang lagi terus pergi begitu saja.Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam masjid itu,lalu dia duduk di situ.Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang.

Setelah Rasulullah S.A.W selesai memberikan pengajian.Baginda bersabda, 'Perhatikanlah,kuberitahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu.Seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah,maka Allah melapangkan tempat baginya.Orang yang kedua malu-malu maka Allah malu pula kepadanya.Dan orang yang ketiga jelas berpaling,maka Allah berpaling pula daripadanya.'

Selasa, 29 Januari 2013

Nabi Muhammad S.A.W Rahmat Sekalian Alam

       Dibulan Rabiul Awwal  ini iaitu sempena bulan kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W,marilah kita memperbanyakkan selawat keatas Baginda kerana terdapat banyak kelebihan dan arahan untuk berselawat keatas Baginda seperti menurut hadis-hadis Rasulullah S.A.W:
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

    Oleh itu marilah kita berselawat keatas Baginda dan ikutilah sunnah-sunnah baginda.....

Rabu, 26 September 2012

Pentingnya Pemimpin Bertakwa

Pemimpin yang mengikut suruhan Allah amat penting kerana terdapat hadis menyatakan perkara berikut: 

Ummu Salamah,isteri Nabi Muhammad,nama sebenarnya Hindun binti Abu Umaiyah Huzaifah melaporkan,"Nabi Muhammad menjelaskan,"Nanti akan tiba satu masa,ada pemimpin yang dilantik dikalangan saudara,saudara kenal pemimpin itu.Namun saudara menentangnya  kerana beliau melakukan perkara yang dilarang Allah.Sesiapa yang membenci pemimpin itu,maka dia terselamat dari dosa.Sesiapa yang menentang pemimpin itu,maka dia terselamat.Tetepi sekiranya ada yang meredai pemimpin itu dan mengikutnya,maka dia berdosa dan tidak selamat.'
             Para sahabat bertanya,'Wahai Rasulullah.Bolehkah kami membunuh pemimpin itu?'
             Nabi Muhammad menjawab,'Tidak boleh.Saudara tidak boleh membunuhnya selagi beliau bersembahyang'."-Direkodkan oleh Muslim

Jumaat, 21 September 2012

Contoh  doa untuk sesiapa ingin BERTAUBAT :

   "Ya Allah,aku minta ampun darimu.Aku bertaubat kepada Allah dan aku kembali kepada-NYA.Aku menyesal atas apa yang telah aku lakukan.Dan aku berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.Dan aku bebas dari segala ajaran yang bertentangan dengan agama Islam.Dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-NYA.Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah,selawat dan salam keatasnya.Aku reda Allah sebagai tuhan ku.Dan agama Islam sebagai agamaku.Dan Saidina Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul.Ya Allah peliharakanlah keatas  Nabi Muhammad S.A.W,keluarganya dan para sahabat semoga selamat sejahtera.Dan berlaku lembut dan belas kasihan ke atasku serta orang-orang beriman.".......Aminnn

Ahad, 29 Julai 2012

Kelebihan Solat Tarawih



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam KesebelasIa meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Rabu, 25 Julai 2012

Indahnya Bumi ciptaan Allah

" Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)."-Qaf:7-8

Disaat kita melihat kejadian bumi yang indah,langit yang tiada tiang,laut yang cantik.Sebutlah "Subhanallah" dan memuji Allah yang Esa menjadikan bumi ini untuk didiami oleh manusia dan makhluknya.Semoga kita sentiasa mengambil peringatan  tentang kekuasaan Allah ini.

Selasa, 24 Julai 2012

Rasulullah seorang manusia agung

Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang manusia agung yang harus diikuti oleh segenap lapisan masayarakat sama ada kanak-kanak,remaja dan dewasa kerana beliaulah contoh teladan dan role model kepada kita.Kehidupan Baginda memaparkan kepada kita bagaimana kehidupan yang diredhai Allah S.W.T dari segenap peringkat umur.
      
      Nabi Muhammad S.A.W juga diutus sebagai pentafsir kepada al-Quran yang telah diterjemahkan oleh Baginda melalui sifat dan keperibadiannya.Al-Quran adalah panduan kepada umat manusia sepanjang zaman.Nabi Muhammd S.A.W sanggup menderita dan berkorban demi memastikan umatnya terselamat dari godaan syaitan dan azab api neraka.Sehingga nyawa yang terakhir juga Baginda menyebut-nyebut mengenai umatnya.Itulah tanda cinta yang mendalam terhadap umatnya.Malangnya kita sebagai umatnya sering melupakan pengorbanan dan penderitaan yang Baginda lalui.