Sabtu, 14 Julai 2012

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah dan amalan baik yang lain-lain pada bulan Ramadan

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah dan amalan baik yang lain-lain pada bulan Ramadan.Kita digalakkan supaya menambahkan lagi amalan baik itu apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan.
Hadis yang menjelaskan perkara ini adalah:


Abdullah bin Abas melaporkan,"Rasulullah adalah manusia yang paling dermawan.Sifat itu menjadi lebih hebat apabila tibanya Ramadan.Ketika itu juga beliau dikunjungi oleh malaikat Jibril.Jibril menemui Rasulullah pada setiap malam Ramadan dan mereka membaca al-Quran bersama-sama secara bergilir-gilir.Ketika itu Rasulullah lebih kerap menderma,bahkan lebih kerap daripada tiupan angin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan